'First Impression' Semasa Temuduga

first impression in interview. credit to http://www.itweapons.com

'First Impression' Semasa Temuduga | first impression semasa temuduga adalah agak penting, walaupun ia tidak memberikan konteks penuh mengenai diri anda dan mungkin juga hanya memberikan 10% (mungkin juga kurang) sumbangan terhadap peluang keberjayaan anda dalam satu temuduga, ia menentukan bagaimana anda hendak dilayan ketika sesi temuduga. aku kelihatan professional, anda akan dilayan seperti seorang professional; dan juga sebaliknya. mari kita lihat apa yang anda boleh lakukan untuk memikat hati penemuduga anda seawal langkah pertama anda memasuki ruang temuduga.

1. 'Dress to Impress'

Hal ini saya telah tekankan di dalam entri saya sebelum ini; 7 tips menghadapi temuduga. berpakaian segak dan kemas ada kunci untuk tips ini. rambut yang disikat rapi atau diikat kemas akan menampakkan bahawa anda adalah seorang yang berdisiplin. rambut memainkan peranan penting. bagi lelaki, potong rambut anda sekiranya sudah terlalu panjang agak tidak kelihatan serabut.

begitu juga dengan wangi-wangian. tolong elakkan memasuki ruang temuduga dengan bau yang kurang menyenangkan. bau peluh; mungkin anda berlari semasa dalam perjalanan ke tempat temuduga kerana takut terlewat, atau bersesak-sesak di dalam LRT. Bau rokok juga memberi tanggapan buruk semasa temuduga anda. jika anda seorang perokok, pastikan jangan merokok selepas mandi sehingga selesai sesi temuduga walaupun untuk tujuan menenangkan diri. 

kasut pastikan berkilat, tali leher diikat kemas dan butang baju paling atas dibutangkan sebelum memasuki ruang temuduga. bagi wanita, tudung hendaklah dalam keadaan yang kemas dan tidak serabut, kecuali anda memohon untuk bekerja dalam syarikat tudung dan memerlukan anda menjadi seorang fashionista semasa menggayakan tudung anda.

baju digosok rapi tanpa 'double line' terutamanya di bahagian lengan dan seluar. 

2. Bawa yang Perlu Sahaja

mungkin sementara tunggu dipanggil untuk memasuki ruang temuduga, anda menghabiskan masa dengan meminum kopi percuma yang disediakan di pejabat itu. ini tidak mengapa. tetapi pastikan anda tidak membawa masuk cawan tersebut ke dalam ruang temuduga. pastikan juga anda membuang gula-gula getah anda sebelum masuk ke ruang temuduga.

pastikan pen/pensil diletakkan di dalam poket/di dalam bekas pen/pensil. bayangkan anda membuka pintu ruang temuduga dan tiba-tiba pen/pensil/pemadam anda jatuh. pasti ianya satu cara yang tidak elok untuk memulakan temuduga. anda akan kelihatan seperti seseorang yang tidak mampu menguruskan hal-hal kecil, apatah lagi fail-fail syarikat!

pastikan anda bawa dokumen yang anda rasa perlu sahaja masuk ke ruang temuduga. rasanya tidak perlu untuk membawa sijil olahraga semasa anda di tadika. ini akan memudahkan penemuduga untuk melihat fail anda.

3. simpan telefon bimbit anda

kemungkinan besar anda sampai ke pejabat tempat temuduga lebih awal berbanding penemuduga. elakkan mengisi masa kosong sementara menunggu temuduga bermula dengan melayari internet, bermain game di telefon bimbit anda dan lain-lain. jika tiba-tiba penemuduga tiba di pejabat, anda tidak mahu dilihat sedang bermain Mobile Legends atau melayari instagram. senyum dan berikan sedikit tunduk hormat. berdiri jika anda mahu. ini akan memberikan tanggapan baik terhadap anda.

apa yang anda boleh buat sementara menunggu sesi temuduga bermula? semak fail anda, pastikan dokumen yang dibawa mencukupi dan tidak ada apa-apa yang tertinggal. anda juga boleh berlatih menjawab soalan-soalan ramalan (dalam hati) bagi mempersiapkan anda sebelum memasuki ruang temuduga.

4. mulakan langkah pertama

sebaik sahaja masuk ke ruang temuduga, senyum dan hulurkan tangan anda sebagai salam hormat kepada para penemuduga. ini akan menampakkan bahawa anda seorang yang yakin dan telah bersedia untuk menjalankan sesi temuduga itu. 

anda juga boleh memulakan ayat seperti 'apa khabar encik' atau 'izinkan saya duduk' agar anda nampak selesa dan tidak kekok untuk memulakan sesi temuduga. penemuduga juga akan lebih selesa bertanyakan soalan dan menerima jawapan daripada anda.

Comments