7 Tips Menghadapi Temuduga

TIPS TEMUDUGA

TIPS TEMUDUGA |  Temuduga adalah satu fasa yang tidak dapat dielakkan bagi individu yang sedang mencari peluang pekerjaan. Apabila anda mendapat panggilan temuduga, ini bermaksud pihak syarikat berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang anda setelah membaca resume dan CV anda. Oleh sebab itu, sekiranya anda mendapat panggilan temuduga, anda diibaratkan telah menjejakkan sebelah kaki ke dalam syarikat tersebut. Apakah yang diperlukan untuk menjejakkan sebelah lagi kaki yakni melayakkan anda untuk menyertai syarikat tersebut?
"TIPS TEMUDUGA"
1. Selidik 'Job Requirement' yang anda pohon.

    Persediaan adalah segalanya. Memasuki ruang temuduga tanpa sebarang persediaan ibarat memasuki medan perang tanpa sebarang senjata. Anda perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang syarikat tersebut; apakah produk yang dihasilkan/dijual oleh syarikat tersebut? siapakah antara pelanggan terbesar mereka? pencapaian syarikat? Pasaran mereka, domestik atau luar negara?

    Tidak dinafikan kebanyakan graduan masa kini yang terdesak mencari peluang pekerjaan bertindak memohon bidang pekerjaan yang kadangkala tidak berkaitan dengan sijil/kelayakan yang mereka miliki. Sekiranya anda terlibat dalam situasi ini, langkah terbaik adalah anda mencari sumber rujukan (internet, buku, dll) ataupun minta nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman mengenai bidang yang anda pohon. 

    Pastikan anda faham 'Job Requirement' yang diiklankan oleh pihak syarikat kerana 80% soalan temuduga biasanya berdasarkan 'Job Requirement' tersebut. Oleh itu, walaupun anda tidak mempunyai pengalaman mengenai bidang tersebut, pastikan sekurang-kurangnya anda tahu serba sedikit mengenai skop kerja yang anda pohon.

    2. Cari soalan-soalan lazim temuduga dan sediakan jawapannya.

    Ini juga antara langkah persediaan sebelum memasuki ruang temuduga. Anda boleh merujuk pelbagai sumber di internet (blog, video, dll) mahupun buku untuk soalan-soalan yang kerap dikemukakan oleh pihak majikan semasa temuduga. pastikan anda mencari sebanyak mungkin soalan ramalan dan persiapkan diri dengan cara menjawab soalan-soalan tersebut. Ini dapat mengelakkan anda terkedu semasa temuduga. Jawapan yang tersekat-sekat menunjukkan anda belum cukup bersedia untuk sesi temuduga tersebut.

    3. Cara berpakaian

    Dress as if you really want the job. Datang ke sesi temuduga dengan berpakaian segak serta kemas menunjukkan kesungguhan anda memohon jawatan tersebut. first impression adalah sangat penting. gunakan wangian yang sekadar mencukupi dan tidak berlebihan sehingga membuat penemuduga tidak selesa dengan kehadiran anda. elakkan juga pakaian yang menjolok mata. kekalkan elegan dalam stail anda. rambut juga memainkan peranan penting. untuk lelaki, sikat rambut dengan rapi dan potong pendek rambut anda. rambut yang rapi memberi persepsi bahawa seseorang mempunyai disiplin yang baik.

    4. Menepati waktu

    Datang awal ke tempat temuduga. menurut pengalaman saya, anda memerlukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk mengisi borang maklumat diri. Oleh itu, sebaik-baiknya anda tiba di tempat temuduga sejam sebelum temuduga dijadualkan bermula. Datang awal ke tempat temuduga memberikan anda beberapa kelebihan; anda akan lebih tenang semasa memasuki ruang temuduga. pastikan anda telah menyiapkan segala keperluan (resume, CV, pen, kertas, sijil, dll) sehari sebelum temuduga untuk mengelakkan kelewatan serta tertinggal barang. 

    Anda juga dinasihatkan untuk mencari pejabat tempat temuduga sehari sebelum temuduga berlangsung untuk memastikan lokasi temuduga. ini dapat mengelakkan anda tersesat semasa menuju ke tempat temuduga keesokan hari. Pastikan anda tahu di mana tempat letak kenderaan dan pagar masuk ke tempat tersebut. ini akan menjimatkan masa anda.

    5. Adab dan tatacara

    masa yang dinantikan telah tiba. tamat sudah sesi persediaan. anda memulakan langkah pertama masuk ke ruang temuduga. apakah yang perlu anda lakukan?

    jangan biarkan perasaan gugup anda menguasai diri. melangkah dengan yakin dan lontarkan senyuman serta tunduk sedikit (angguk kepala) ke arah penemuduga, menunjukkan rasa hormat. Hulurkan tangan anda untuk berjabat sekiranya anda rasa keadaan mengizinkan (sekiranya jarak anda dekat dengan penemuduga). sebelum anda duduk, hulurkan resume, CV serta sijil-sijil anda kepada pihak penemuduga walaupun tidak diminta. duduk dengan tertib dan sopan, tetapi nampak teguh dan bersedia. sekiranya terdapat meja di hadapan anda, letakkan tangan di atas meja agar nampak lebih teguh.

    semasa menjawab tujahan soalan yang dikemukakan oleh pihak penemuduga, eye contact adalah sangat penting. bercakap dalam nada yang sedikit kuat agar dapat didengari dengan jelas serta menampakkan keyakinan anda. tumpukan perhatian kepada penemuduga semasa soalan diajukan dan angguk menunjukkan anda faham soalan-soalan tersebut. body language juga penting dalam temuduga. elakkan diri daripada menghayal, kerana ia menunjukkan bahawa anda adalah seorang yang tidak fokus.

    6. menjawab soalan

    ini adalah bahagian yang sangat mencabar dalam sesi temuduga. terdapat majikan yang lebih menumpukan perhatian terhadap resume dan ada juga majikan yang lebih suka bertanyakan soalan kepada anda. inilah pentingnya langkah 1 dan 2 di atas tadi. sekiranya anda mempunyai persediaan yang mencukupi, anda tidak akan mempunyai masalah untuk mengharungi fasa ini.

    Jawab soalan dengan jujur. sekiranya anda memberi jawapan yang salah dengan yakin, dan penemuduga tahu bahawa jawapan yang anda berikan adalah salah dan tidak masuk akal, ini akan membuatkan anda nampak bodoh. mulakan jawapan dengan ayat yang merendah diri seperti "menurut apa yang saya baca" ataupun "menurut pandangan saya", dan anda boleh akhiri jawapan anda dengan, "tetapi itu cuma serba sedikit yang saya tahu secara teori, maafkan saya sekiranya jawapan saya kurang lengkap". jangan takut untuk tunjukkan sedikit kelemahan anda. majikan pasti faham sekiranya jawapan yang diberi kurang memuaskan kerana anda baru habis melanjutkan pelajaran dan tidak mempunyai pengalaman kerja. 

    walaupun anda tidak mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut, tunjukkan bahawa anda minat untuk belajar lebih lagi mengenai bidang tersebut. jangan takut untuk ambil risiko.

    7. Giliran anda untuk bercakap

    di hujung sesi temuduga, biasanya anda akan diberi ruang untuk bertanyakan soalan kepada penemuduga. anda juga boleh mencari sumber di internet tentang soalan-soalan yang anda boleh kemukakan kepada pihak penemuduga di akhir sesi temuduga. ini juga adalah peluang terakhir anda untuk mempromosikan diri anda. jangan biarkan perasaan malu menghentikan anda. this is a war, so fight for it. tunjukkan kepada mereka bahawa anda sangat berharap agar diterima masuk ke dalam syarikat tersebut. dorong mereka untuk memberikan anda peluang untuk membuktikan bahawa anda adalah calon pekerja yang mereka cari. bayangkan anda adalah seorang salesman; JUAL SEHINGGA MEREKA BELI.

    Comments