5 Laman Web Popular Carian Kerja


5 Laman Web Popular Carian Kerja | Hidup dalam zaman teknologi kini memudahkan kita untuk menguruskan segala urusan secara atas talian. anda juga boleh membeli barang dapur anda secara online, apatah lagi dalam urusan mencari peluang pekerjaan. Menghantar resume secara walk-in agak memakan masa serta melibatkan kos yang banyak (minyak, tol, dll), ditambah pula dengan memakan tenaga serta kurang efisien. mari kita lihat antara laman-laman web yang terkenal dalam mencari pekerjaan.

1. Jobstreet.com

jobstreet

tidak disangkal bahawa Jobstreet.com adalah portal mencari kerja yang paling terkenal di Malaysia malah juga di tenggara asia. laman web yang dibina sejak 1997 ini telah membantu ramai pasca-graduan mencari peluang pekerjaan. untuk pengetahuan anda, pihak majikan perlu membayar sekiranya mereka ingin mengiklankan kerja kosong di laman web ini. Justeru, ini meningkatkan kredibiliti laman web tersebut.

2. www.maukerja.my


Maukerja.my adalah laman web yang menawarkan beribu peluang pekerjaan dalam bidang kerajaan mahupun swasta. menurut pendapat peribadi saya, maukerja.my adalah lebih mesra pengguna disebabkan 'interface' laman webnya yang memudahkan pencarian kerja dan agak ringkas berbanding jobstreet. pencarian kerja menjadi lebih mudah dengan adanya maukerja.my.

3. tribehired.com


TribeHired adalah satu laman web yang menarik kerana majikan yang mencari anda, bukan anda yang mencari majikan. menarik bukan?

setiap minggu, TribeHired akan menyenaraipendek 100 pemohon di setiap kawasan, majikan yang tertarik kepada mana-mana pemohon boleh menonton video CV pemohon tersebut. selepas itu, mereka akan bida pemohon tersebut dan menetapkan 3 tarikh untuk temuduga. seterusnya, pemohon akan memilih 3 bidaan yang menarik minat mereka pada hujung minggu permohonan dihantar.

4. skootjobs.com


skootjobs.com juga adalah laman web pencarian kerja yang anda boleh gunakan untuk mencari kerja idaman anda. terdapat lebih 4,000 kerja kosong baru yang ditawarkan setiap bulan, laman web ini menjadikan pencarian kerja anda lebih mudah serta anda boleh memilih kerja yang anda mahu daripada beribu pilihan yang disediakan. 

5. Monster Malaysia


Monster Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam persaingan portal-portal yang menyediakan pencarian kerja. Monster.com sebenarnya adalah laman web yang telah digunakan di serata dunia. oleh itu, ia menjadi portal ideal bagi anda yang mencari peluang pekerjaan di luar negara. 

salah seorang rakan saya pernah mencuba untuk mencari peluang pekerjaan di laman web Monster Malaysia. menurut beliau, beliau hanya perlu memuatnaik resume miliknya serta melengkapkan profil serta butir-butir yang diperlukan oleh laman web tersebut. hasilnya? beliau mendapat banyak panggilan temuduga daripada syarikat-syarikat yang berminat setelah mereka membaca profil beliau.

oleh itu, laman web ini juga mampu meningkatkan peluang anda untuk mencari pekerjaan idaman anda.

Penulis: adakah anda mempunyai laman web pencarian kerja yang lain, tetapi tidak disenaraikan di sini? anda boleh sertakan laman web tersebut di bahagian komen untuk tujuan rujukan pembaca lain.

Comments