Majikan Takut 'Fresh Graduate' Tanya Soalan-Soalan Ini Semasa Temuduga


Topik yang biasa kita dengar adalah soalan-soalan yang membuatkan fresh graduate gentar untuk jawab ketika temuduga. Sebenarnya, majikan juga ada soalan-soalan yang mereka tidak mahu, malah takut, para fresh graduate tanya ketika sesi temuduga. Perkara ini harus anda tanya ketika ditemuduga, untuk memberi gambaran jelas tentang nasib anda jika diterima masuk ke dalam syarikat tersebut kelak. Interview actually goes both way; majikan menilai anda, dan anda juga harus menilai majikan.

1. "Overtime Pay (OT) atau Fixed Allowance?"

Anda perlu bertanya dengan majikan anda, sekiranya anda bekerja lebih masa, adakah anda akan diberikan OT ataupun syarikat akan memberikan elaun tetap kepada anda. OT bermaksud anda akan dibayar mengikut berapa jam anda bekerja lebih masa selepas waktu pejabat. Contohnya, mengikut kontrak, waktu pejabat adalah 9 pagi - 6 petang. sekiranya anda bekerja sehingga pukul 9 malam, anda akan dibayar untuk 3 jam (selepas 6 petang) itu. contohnya syarikat itu menjanjikan OT sejam RM15, maksudnya untuk hari tersebut, anda akan dibayar RM45 untuk 3 jam tersebut.

Fixed allowance pula adalah amaun tetap yang syarikat akan bayar setiap bulan kepada anda. elaun tetap ini diasingkan daripada gaji basic anda. elaun tetap ini kadangkala merangkumi kerja lebih masa (termasuk bekerja pada hujung minggu), malah elaun minyak dan tol (sekiranya kerja anda memerlukan anda bekerja di luar pejabat).

this is the tricky part they don't want you to know. saya pernah dibayar RM400 fixed allowance untuk kerja lebih masa, kerja pada hujung minggu, minyak dan tol (kadang-kadang kerja saya kena pergi site), dan elaun komunikasi (untuk bil telefon). dalam kontrak waktu bekerja habis pukul 6 petang. saya kerja sehingga pukul 9 malam, setiap hari. it doesn't stop there. balik rumah, pukul 12 tengah malam sambung kerja (ongoing project, kena live monitor) sehingga pukul 4-5 pagi. kemudian perlu bangun pukul 9 pagi untuk support project yang ongoing siang tu.

fixed allowance adalah cara majikan untuk berjimat. bayar lebih sikit, tapi kena buat kerja lebih banyak. nak lawan tak boleh, kontrak dah sign. nak tak nak, kena hadap juga. so choose wisely.

2. "syarat untuk dibayar OT?"

sekiranya syarikat anda menawarkan OT, anda juga boleh tanya syarat-syarat untuk OT tersebut dibayar. apakah yang saya maksudkan dengan syarat?
  • OT hanya akan dibayar sekiranya anda bekerja lebih masa melebihi 3 jam. contohnya habis waktu pejabat pukul 6, anda bekerja sehingga pukul 8, anda tidak akan dibayar OT kerana anda cuma bekerja lebih 2 jam selepas waktu pejabat.
  • OT tidak akan dibayar selepas pukul 12 tengah malam.
  • OT tidak dibenarkan melebihi 90 jam sebulan.
ini akan memberikan gambaran jelas mengenai sistem OT yang diberikan oleh syarikat tersebut.

3. "bilangan hari cuti tahunan"

anda juga perlu tahu berapakah jumlah hari anda dibenarkan untuk cuti bergaji, atau selalunya disebut sebagai 'annual leave'. normal bilangan hari cuti bergaji adalah 12-20 hari. anda juga boleh bertanya, sekiranya cuti anda tahun ini tidak dihabiskan, contohnya berbaki 5 hari, adakah cuti tersebut boleh dibawa ke tahun hadapan. contohnya cuti bergaji anda setahun 20 hari, bermaksud tahun depan cuti bergaji anda akan menjadi 25 hari kerana berbaki 5 hari dari tahun ini. 

ini juga dapat memberikan anda gambaran mengenai majikan syarikat tersebut. adakah mereka mengambil berat akan kebajikan pekerja mereka? adakah pekerja di syarikat itu mempunya life-work balance? sekiranya penemuduga menjawab bahawa setahun hanya ada 8 hari cuti bergaji, think twice.

4. "medical card/insurance/SOCSO?"

ini juga antara soalan terbaik anda boleh ajukan kepada penemuduga anda. adakah anda dilindungi untuk bekerja di syarikat itu? adakah keluarga anda juga akan dilindungi? sekiranya anda akan diberikan medical card, anda juga boleh tanya sekiranya isteri dan anak-anak anda juga boleh menggunakan medical card tersebut atau tidak. medical card/insurance adalah sangat penting terutamanya untuk pekerja-pekerja yang terdedah kepada risiko di tapak projek. 

Comments